Sai-Fai.com ialah laman sesawang pengumpulan data, isu dan berita perkembangan karya fiksyen sains dan fantasi di Malaysia. Ia juga diharapkan menjadi medan dedikasi beberapa orang peminat genre ini.
Nama “sai-fai” (singkatan daripada istilah sains fantasi, atau sains dan fantasi, merujuk istilah sci-fi dalam genre Barat) ini dipinjam daripada istilah yang dipopularkan oleh Puan Ainon. Rasional meletakkan nama Sai-Fai kerana ia bersifat santai.
Kami akan cuba menghimpunkan berita terkini serta isu tentang perkembangan fiksyen sains dan fantasi Malaysia, pangkalan data karya, aktiviti di sekitar Malaysia dan sebarang perkara yang kami rasa berkaitan dengan genre ini.
Kami juga mengeluarkan zine sai-fai, CEREKAWALA secara tidak berkala. Zine ini menghimpunkan karya fiksyen, bukan fiksyen yang beridealisme fiksyen sains, fantasi, seram dan genre fiksyen spekulasi yang lain.
Sidang Sai-Fai.com terdiri daripada:
Nazri M Annuar
Serunai Faqir
Fadli al-Akiti
Firdaus Ariff
Jonos
Mat Jan
Nisah Haron
Zaki Zainol
Jika ada sebarang pertanyaan/persoalan/permintaan,
sila hantar komen di bawah atau kirimkan e-mel kepada: fadliakiti@gmail.com.
good