SAI-FAI.com

Resensi Novel- Revolusi Nanik
Tajuk: Revolusi Nanik

Oleh: Nurul Izwazi Mohd Nor

Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun: 2009

Sinopsis:

Terhempasnya meteorit di perairan Selat Melaka pada tahun 2010 telah mencetuskan konflik global. Pada tahun 2027, muncul kuasa baharu, Astakona Sinergi yang melancarkan Revolusi Nanik. Masa depan bumi tergugat. Harapannya disandarkan kepada dua orang kembar yang masih belum tahu siapa mereka sebenarnya.

Rasa:

Saya rasa terhormat untuk memperkenalkan Nurul Izwazi kepada pembaca. Dia merupakan penulis muda wanita yang berjuang untuk fiksyen sains. Ya, satu-satunya genre secara stereotaip ditulis dan diikuti oleh lelaki. Sebenarnya ada beberapa penulis fiksyen sains (rujuk cereka sains dalam Dewan Kosmik) wanita, tetapi jarang sekali mereka menulis novel, dan jarang sekali mereka menulis secara konsisten.

Nurul Izwazi sekurang-kurangnya sudah ada dua di dalam tangannya yang boleh dibanggakan, dan kedua-duanya memenangi hadiah, sesuatu yang jarnag berlaku dalam dunia fiksyen sains.

Novel ini juga merupakan novel “anugerah”, dicerna daripada sebuah sayembara tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menyemarakkan lagi penulisan genre ini (di Malaysia, novel kita, khususnya sastera dicerna melalui pertandingan penulisan, dan jarang sekali daripada pemilihan daripada sekumpulan novel yang sudah terbit). Maka sememangnya saya mengambil ketekunan dan ketelitian untuk membaca novel “mahal” dan berkualiti ini dalam genre fiksyen sains.

Secara umum, cerita novel ini “tidak selesai” dan masih ada babak tergantung yang perlu disambungkan oleh novel seterusnya. Saya kira, sayembara Utusan-UTM baru-baru ini yang diperolehi oleh Nurul merupakan sambungan kepada novel ini.

Nurul dalam novel ini memberi kita satu tema dan naratif yang besar. Ia berkenaan kedatangan sesuatu yang asing dari luar yang akan mengubah ideal dunia selama-lamanya. Ia juga berkenaan penggunaan kuasa  “orde baru” dengan teknologi dan ilmu yang didapati, serta bagaimana manusia amat rakus dengan kuasa menguasai orang lain. Hal-hal ini hal-hal yang membuak makna yang besar, makna yang tak tersanggup untuk ditulis hanya 290 halaman. Oleh sebab itu saya berterima kasih kepada Nurul kerana memberi nafas sambungan.

Roh dalam novel ini dihalakan kepada dua unsur, makhluk asing dan teknologi genetik. Daripada kedua-dua unsur ini, lahirlah adimanusia atau superman/human. Di sini merupakan nova menarik dipetik Nurul. Kita diperkenalkan dengan watak Farah Insyirah, seorang gadis belasan yang bersekolah di sebuah sekolah elit berteknologi tinggi pada tahun 2027. Tidak diketahui Farah, sekolah itu juga merupakan makmal rahsia yang menyelidik gen makhluk asing yang menghempas bumi 17 tahun sebelumnya. Farah, tiba-tiba telah dipilih oleh para saintis di situ untuk dihamili dengan embrio makluk asing berhibrid manusia.

Kita digambarkan oleh Nurul bagaimana keluh-kesahnya Farah menghadapi “janin asing” di dalam dirinya. Malah Farah kadang-kadang tidak keruan, dan mempamerkan kuasa psikik yang luar biasa, semuanya membuat Farah lebih dungu. Farah pada masa yang sama disukai oleh Wong Zhao Zheng, rakan sekelasnya. Zhao Zheng banyak menenangkan Farah, malah memaklumkan beliau bersedia menjadi ayah angkat kepada “janin asing”nya. Farah reda.

Tidak diketahui jika secara prasedar, Nurul menulis hal ini sewaktu Malaysia sedang didedahkan dengan pembuangan bayi yang berleluasa (undang-undang Malaysia mengharamkan pengguguran bayi). Hal ini menarik jika kita lihat di konteks konflik Farah. Masalah pembuangan bayi ini bersangkutan dengan seks luar nikah kalangan remaja. Di sini, Farah memilih menjadi “dara”, tetapi dipaksa mengandungkan sesuatu yang “asing” di dalamnya. Nurul menggunakan pemaknaan “gen makhluk asing” yang ditujah paksa ke dalam Farah dalam pelbagai lapisan. Pertama, sah, xenofobia kita terhadap makhluk asing yang mencolek, mengeksperimen, lantas”meniduri” manusia diwartakan oleh Nurul. Tetapi Nurul menyatakan, pembikinnya ialah para berkuasa saintis).

Kedua, kita memahami “ikatan” Zhao Zheng dan Farah berlaku kerana “penghamilan” tidak sengaja itu. Janin yang dikandung itu “asing” buat Farah, sepertimana keterasingan budaya Farah dan Zhao Zheng. Nurul sedang cuba membawa satu kesatuan sekular, suatu perpaduan dengan memaparkan “keasingan” itu tidak bobrok. Rujuk perenggan berikut:

“… Wong Zhao Zheng seraya mengusap pipi si gadis yang dilanda bah air mata. Kehangatan jari-jemarinya telah menghidupkan sesuatu yang tidak pernah dirasai oleh gadis itu…” (Revolusi Nanik, hlm. 195)

Farah yang tidak suka terhadap “janin asing”nya akhirnya menyayangi juga apabila dilahirkan (mereka digambarkan sangat comel, suatu perbezaan dan pelawanan terhadap makhluk asing yang selalu digambarkan bukan manusia atau menakutkan, rujuk drama siri “V” versi 1980-an). Ini merupakan simbolisme prasedar Nurul berkenaan integrasi kaum, atau lebih intimasi daripada itu, perhubungan berlainan bangsa. Nurul sebenarnya menyatakan sikap liberalnya terhadap pertalian sebegini, walaupun terikat dengan pemahaman dominan (Zhao Zheng perlu jadi Islam). Ini merupakan harapan Nurul untuk Malaysia.

Lapisan ketiga lebih menakjubkan. Kita satukan idea Farah yang dara mengandungkan anak yang mempunyai ciri-ciri istimewa (rujuk tujuan yang sama tetapi lebih konvensi dalam drama siri Battlestar Galatica, iaitu Hera, anak campuran manusia dan cylon). Poin di sini, anak Farah ini diwujudkan secara “mimpi/tidak sedar”, dan anaknya dicipta daripada sel makhluk asing. Nurul tanpa sengaja sebenarnya mencipta kelahiran Jesus Christ sekali lagi. Kelahiran buat agama Nasrani ini suatu “miracle“, malah menganggap bayi Jesus itu sebagau “tuhan”. Di sini, kita dapat menyatukan titik-titik, Nurul menyatakan dengan jelas, sains, mahu tidak mahu, adalah “tuhan”. Dengan sains, suatu manusia ajaib boleh dicipta (rujuk Gatacca), tetapi Nurul meletakkan satu undang-undang lain secara naratif: sains kemungkinan di tangan manusia bermain Tuhan tetapi takdir dan qada’ qadar masih di tangan Tuhan untuk mengubahnya. Secara dramatik, Farah dan sekumpulan kawannya melarikan diri daripada sekolah/makmal dan bertemu dengan sekumpulan askar bawah tanah yang bertanggungjawab dan boleh membawa mereka ke jalan yang “benar”. Di sini, anak kembar Farah “diajar” dengan agama. Nurul secara licik menyatakan, atur cara Tuhan lebih “besar” daripada perancangan manusia. Malah hal ini seakan-akan membentuk cerita ini semacam kitaran sebuah mitos purba Yunani (berkenaan riwayat demigod), ataupun hikayat Melayu lama berkenaan anak-anak dewa yang jatuh ke bumi, yang sudah tentu membentuk suatu saga yang besar jika dijaga cara pengolahannya.

Mungkin kerana Nurul agak “muda” dalam penulisan, semangat dan idea besar Nurul ini terjejas dengan cara Nurul mempersembahkan cerita, watak, plot, struktur, termasuk pelbagai lagi bentuk yang melemahkan cerita. Ini sangat-sangat tampak dalam babak-babak aksi dan dialog. Nurul kurang kekuatan menjaga “drama” manusianya. Nurul agak baik dalam melapor atau menerangkan satu-satu kronologi atau peristiwa (kebiasaan dalam novel fiksyen sains) makro di dalam cerita, seperti mana pembentukan orde baru Astakona Sinergi atau bagaimana persoalan meteorit yang membuka pelbagai persoalan besar. Apabila Nurul membuka kanta mikronya, kecacatannya tampak.

Ini dipaparkan dengan naif oleh sekumpulan watak. Paling menyedihkan, Nurul memperbudakkan watak-watak ini (mugkin kerana usia Nurul menulis?), khususnya para saintis. Seperti yang tertera:

Doktor Ashraf menyilangkan tangannya. “Oh, nampaknya komet Zenith Triad telah dinaik taraf menjadi musuh! Mengapa aku tak terfikir yang itu?” (Revolusi Nanik, hlm. 35)

Doktor Humaira bertanya pada Dokor Bukhari. “Apa yang perlu kita lakukan sekarang.” (Revolusi Nanik, hlm. 65)

Perenggan yang kedua di atas lebih dipersoalkan kerana bolehkah seorang doktor/saintis, yang sepatutnya terlatih dan pakar berkenaan prosedur keselamatan (mereka bekerja di observasi, tak mungkin tidak diberi tutorial?), sewaktu meteorit menghampiri bumi, boleh bercakap sedemikian rupa?

Ini mungkin kerana semangat Nurul yang berluap-luap, Nurul terlupa untuk menjaga “logik” watak/perwatakan agar mereka nampak mantap dan berperanan (fiksyen sains tidak perlu sangat kepada watak tiga dimensi dan seumpamanya). Kajian amat perlu, dan bukan sahaja bergantung kepada filem dan manga fiksyen sains. Ini tampak secara jelas (malah editor novel ini juga terlepas!) pada perenggan:

“… Abang Rafiq? Itu telah bermula. Saya perlukan bantuan abang.” (Revolusi Nanik, hlm. 99)

Secara jelas, frasa “Itu telah bermula” di atas merupakan terjemahan langsung “It has just begun”, suatu frasa biasa dalam filem fiksyen sains.

Ini tampak lagi dengan “peminjaman” Nurul terhadap sastera Barat apabila, tiba-tiba (tanpa motif dan rancang, disediakan secara tiba-tiba dalam teks) suatu rangkap puisi Yunani Purba telah dikaitkan dengan ramalan (prophecy) kedatangan Farah dan dua anak “dewa”nya yang akan menyelamatkan dunia pada hlm. 239.  Persoalannya, kenapa Yunani? Kenapa tidak boleh  Melayu atau mana-mana budaya  yang dekat dengan kumpulan nusantara seperti bahasa Sanskrit atau Pali (jika mahu mengambil konteks kuno yang lebih kuno daripada Yunani), atau sekurang-kurangnya Nurul mengaitkan teks puisi purba itu dengan puisi serta  teks hikayat lain yang wujud seluruh dunia termasuk tanah Melayu. Baharulah berlaku “persilangan budaya” serta “kesarwajagatan ramalan” yang menarik, dan bukan terlihat terpinjam di sana sini.

Nurul juga mempunyai masalah dalam menerangkan atau mendramatikkan aksi. Ini adalah kerana Nurul terlalu banyak menggunakan ayat pasif, ayat kompleks, atau ayat yang tidak menunjukkan sesuatu itu berlaku “sekarang” dan “mendebarkan”.

“… tentera genom dan robot-robot mekatronik menyerang mereka dari belakang. Tubuh Zikri sempat diselar  dengan senjata laser milik Tentera Persekutuan dan meyebabkan dia mengalami kecederaan yang serius kerana luka yang terhasil adalah begitu dalam serta mengenai bahagian vital tubuhnya. Zakri pula dibelasah dengan teruk dan dicederakan pada …” (Revolusi Nanik, hlm. 267)

Ayat di atas jelas memaparkan semacam “laporan”, lebih daripada satu aksi. Dan hal ini tampak berlaku dengan berleluasa dalam novel ini.

Perhubungan cinta monyet Farah-Zhao Zheng serta kesamaran kita melihat perhubungan ini matang juga merosakkan kita mencerna novel ini dengan baik. Malah, novel popular lebih matang dalam penulisan ini. Ini merupakan satu percubaan baik buat Nurul, tetapi satu usaha yang maha hebat diperlukan untuk ianya menjadi sebuah adikarya fiksyen sains.

ps: Saya juga tidak menyukai kulitnya. Kulitnya tipikal dicedok daripada filem Fifth Element serta Terminator dan Chucky daripada Child’s Play. Kami menunggu untuk kulit-kulit yang betul-betul dapat menaikkan bulu roma kami menatapinya, khususnya novel fiksyen sains. Jauh sudah kekreatifan terbitan 80-90-an yang wujud dalam kulit Saga Artakusiad, yang saya kira, antara kulit tercantik dan masih belum lagi dikalahkan oleh mana-mana kulit sai-fai yang lain.

Ulasan oleh: Fadli al-Akiti

Beli: DI SINI.

Resensi Novel- Martika
Tajuk: Martika

Oleh: Lamia Aimal

Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun: 1991

Sinopsis:

Malaysia diserang makhluk Aplus dari sebuah planet asing. Martika dan sekumpulan manusia yang diketuai oleh Zarif berkubu di sebuah pusat membeli-belah.

Mereka merancang dan menjalankan misi serang balas dan serang hendap terhadap Aplus dan konco-konconya. Martika yang melihat segala ini berlaku mengawal dan menolong Zarif walaupun membenci sikap ‘machoist’ Zarif terhadapnya.

Dalam diam, dia sedar jiwanya juga akan berubah sepertimana kebanyakan insan yang mengelilinginya.

Rasa:

Tema dan idea buku ini sebenarnya menarik. Bayangkan ID4 pada tahun 1996 sudah dinukil oleh penulis tempatan kita dalam bentuk sebuah fiksyen sains remaja. Tetapi singkapan ini tidak benar sebenarnya.

Lamia sebenarnya tampak sangat, terikut dan terpengaruh pada dua jenis idea ‘jajahan dari planet luar’- War of the Worlds H.G. Wells (dalam novel ini, kejadian serangan makhluk asing tiba-tiba sahaja berlaku, seperti filem Dawn of the Dead George A. Romero yang juga mengambil pusat membeli-belah sebagai latarbelakang plotnya) dan siri SF-cult TV 80-an yang terkenal, “V“. Lebih-lebih lagi “V”, di mana segelintir manusianya cuba berkumpul dan bersatu untuk menentang kuasa asing yang menjajah negara mereka, dan bagaimana mereka menyedari keperluan kemanusian dan sifat patriotik perlu ditanamkan dalam sanubari untuk menjaga negara dari ditakluk lagi.

Novel ini juga tentang proses melupakan sikap buruk dan dosa lama manusia lalu membersihkan diri untuk berubah menjadi insan yang kamil dan lebih berpendirian. Ini dilakukan dengan kelakuan “jihad” untuk mencapai kemerdekaan negara. Ia juga satu sindiran Lamia pada masyarakat kini yang kurang atau tiadanya semangat nasionalisme dalam diri mereka, terikut-ikut dengan budaya kuning dan yang melalaikan. Lamia seakan mahu katakan, bila Malaysia diserang, baru rakyatnya mahu sedar.

Tema ini agak baik, tetapi cara dan olahan Lamia agak melecehkan. Mungkin kerana ini adalah percubaan pertamanya. Banyak plot dalam novel ini agak dibuat-buat, leceh dan membuat saya tertanya, logik atau tidak. Lebih-lebih lagi apabila plot ibu Martika memasuki plot cerita. Kehadirannya sangat tiba-tiba.

Plot Yasmin berbaik dengan Amalin juga tampak lemah. Memang ideanya untuk menunjukkan sikap bersatu, tetapi semudah itu mereka berbaik/kembali? Dan satu lagi adalah watak Honeora yang ditangkap konco Zarif. Apakah motivasi Honeora untuk terus membenci kaumnya sendiri lalu terus mengikut kata perintah Zarif dan Martika?

Saya mempunyai masalah dengan watak Zarif. Idea Zarif sebagai anak seorang pegawai tinggi kerajaan juga tampak sangat feudalisme Melayu dan memang terlalu patriach. Yang saya kira Martika bolehlah menjadi pengimbang pada watak Zarif ini, tetapi akhirnya dia terjerat juga dengan dominasi kelakian terhadap wanita dalam novel ini. Si wanita selalunya penerima, tidak pernah pengimbang.

Novel ini walaupun agak terbuat-buat dan agak bersyarah, sekurang-kurangnya ia sebuah novel fiksyen sains pertama kita yang menulis tentang penjajahan makhluk asing di bumi Malaysia.

Artikel asal oleh: Fadli al-Akiti

Beli: DI SINI

Resensi Novel- Takluk Jagat Bahagian 1: Bisikan Ariasha
Tajuk: Takluk Jagat Bahagian I: Bisikian Ariasha

Oleh: Zaki Zainol

Terbitan: PTS

Tahun: 2008

Sinopsis:

Saga-advencer purba yang berlaku di sebuah bumi fiksi Tanah Ini, mengisahkan Bayu Adi Jata, seorang yatim piatu yang berkelana mencari “pencuri” keris pusaka dan pembunuh datuknya. Bayu akan bertemu dengan Zilastra Dunia Kencana, Puteri Ariasha Cinta Castra, seorang puteri bunian dan Budak Tiada Wajah. Pada masa yang sama, negeri Dasyuria yang aman sedang berdebar-debar apabila askar dari negeri Sedinggi sudah mula berbaris di sempadannya. Tetapi musuh lama mereka, Wilayah Dawaka yang sudah lama terpecah sedang mula mengumpul kekuatan. Dalam perjalanan Bayu, dia terserempak dengan seorang lagi perwira yang amat menakutkan dan penuh rahsia, Pemusnah Jiwa, yang sedang mencari keris pusaka Bayu yang sama, Takluk Jagat.

Rasa:

Ingin saya mulakan ulasan novel ini dengan menyampaikan perasaan suka cita saya bahawa warisan Saga Artakusiad Ahmad Patria Abdullah sudah terjawab buat generasi ini dengan lahirnya dua orang penulis yang buat saya, amat bermakna buat penulisan genre fantasi. Saya belum mencedok ketangkasan Ramlee Awang Mursheed dalam trilogi Laksmana Sunannya, tetapi menelusuri dunia Rahsia Agenda Alam Hitam Zehann Ur Rakhie serta saga Takluk Jagat Zaki Zainol, saya berpendirian bahawa genre fantasi novel Melayu Malaysia akan bergerak subur, jikalau dua orang penulis handal ini meneruskan tuk selampit dan ceritakawala mereka.

Malah saya ingatkan pada diri, tidak ada sesiapa dapat menandingi novel fantasi Zehann setakat ini (yang sememangnya lebih saya gemari secara peribadi atas genrenya yang terlingkung dalam seram, vampirisme dan haiwan jadian) sehinggalah saya terjumpa dengan novel Zaki Zainol yang sulung ini, satu lagi petanda bahawa penulis muda generasi sekarang tidak perlu dikhuatiri titis tulisan mereka, atas kesegaran dan kompleksiti terjaga yang mereka bawa dalam hasil fiksyen mereka. Malah saya perlu akur, novel-novel ini lebih tuntas dan teliti gerak ceritanya daripada novel-novel fantasi Malaysia yang terdahulu kecuali mungkin Ahmad Patria Abdullah.

Ya, terdapat persamaan plot dan tema jika kita dapat meneliti dengan persis novel Zaki Zainol ini terhadap latar saga Star Wars (Bayu dengan Luke Skywalker serta persoalan Pemusnah Jiwa yang kemungkinan anal) dan Lord of the Rings (Dakawa dan Sauron, Takluk Jagat dan Cincin Sauron), tetapi hal ini tidak menjadi masalah (genre fantasi mana sekarang yang tulen?) oleh sebab pergerakan cerita, latar, perwatakan dan motif yang Zaki bawa amat berlainan dengan hasil George Lukas serta JRR Tolkein itu. Paling membanggakan, latar tempat Tanah Ini disesuaikan dengan sosio budaya nusantara, atau Melayu Islam yang amat dekat dengan kita. Pembawaan ini yang menarik (seperti Dewangga Sakti), mencipta mitos, susur galur dan perasaan yang amat Melayu dalam novel ini tetapi tetap bercirikan antarabangsa atas sebab-sebab dramatik, humanisme dan ketelitian Zaki merincikan novel ini sebagai sebuah advencer yang terancang ampuh dengan plot bersimpang-siur.

Seperti Zehann (yang lebih bergerak hala penyiasatan dan advencer dua dunia), Zaki Zainol mencipta sebuah dunia di mana aksi berselang-seli dengan drama. Hal ini merupakan kekuatan novelis-novelis seni petempuran Hong Kong dan Taiwan yang mana Zaki tampaknya amat kuat dalam hal perjalinan ini. Dalam dunia Zaki, pencak silat dan mistik Melayu menjadi satu petanda dunia yang unik - Zaki berjaya menampilkan kecantikannya serta fungsinya (terhadap sastera) dan masih penting dalam cerita, walaupun hal ini tampak seperti mengulang aksi penamaan “gaya” yang biasa dalam komik-komik kung fu Tony Wong.

Zaki mengambil penting sikap pembentukan watak, di mana setiap watak di dalam novel ini mempunyai bulatan dan sejarahnya yang tersendiri, psikologi dan motifnya benar pada cerita dan bercirikan pelbagai dimensi, malah “hidup” oleh sebab pembinaan watak yang selesa dengan kulitnya (bukan dibuat-buat). Paling mengejutkan, sekecil-kecil watak seperti Musang Darat mempunyai justifikasinya tersendiri. Ini sememangnya kekuatan Zaki Zainol. Malah, saya gerenti, novel ini senang diadaptasi menjadi sebuah filem bermutu atau komik yang cukup mendebarkan. Titik “drama dan tempur” ini boleh sahaja berhenti di tahap mikro (seperti mana novel-novel kung fu itu), tetapi Zaki membuka luas skopnya (walaupun bahagian peperangan ini adalah bahagian yang paling susah untuk dibaca) kepada beberapa krisis makro yang melibatkan ketenteraan yang besar. Malah, novel pertama ini semacam membuka layar (seperti buku pertama Tolkein) untuk satu pertempuran epikal akan berlaku. Antisipasi ini amat ditunggu-tunggu.

Kompleksiti Zaki dalam menjaga setiap pergerakan watak dan plotya merupakan sebuah lagi kekuatan Zaki. Ya, ada tanda-tanda “relief” sewaktu Raja Dasyuria duduk aman dengan Pemaisurinya, tetapi hal-hal kerajaan Dasyuria dengan rencah perhubungan luar ataupun dalamannya dalam uncang politik monarki, turut melibatkan intrig yang tidak jauh mencengkam pembaca. Kita akan dibawa kembali ke alam raja-raja Melayu dengan pemasalahan dan kebijaksanaan mereka seperti ada di dalam hikayat-hikayat lama, malah dalam drama-drama bangsawan. Saya teringatkan akan adikomik Rejabhad, Periwira Mat Gila, di mana kehidupan rajanya dalam latar istananya mempunyai impak menarik seperti yang dicipta oleh Zaki dalam novel ini. Undangan raja yang zalim dan bodoh yang selalu diangkat oleh pembikin filem sekarang serta para sosialis semasa ditolak oleh Zaki dengan penciptaan raja muda Sultan Amiladdin. Ianya satu kesegaran yang tidak terhingga.

Yang paling saya gemari dalam tulisan Zaki yang mana tidak ada lagi penulis Malaysia yang saya jumpa setakat ini yang dapat menyamainya adalah kebijaksanaan Zaki dalam menjelmakan humor, atau wit Melayu dalam tulisannya. Malah penciptaan wit yang sedia ada pada orang Melayu ini (yang memang saya akur, hanya dapat dijelmakan dan digunakan dengan baik oleh penduduk Kelantan, Kedah, P. Pinang dan Perlis sahaja) telah menjadikan novel ini satu novel fantasi dalam kelasnya yang tersendiri. Ia menampilkan dialog dan balasan kata yang mencuitkan dalam keadaan seriusnya dan ketingkatan adabnya, gaya latah secara tiba-tiba yang amat menyerikan (seperti Raja Bunian yang naik ke atas pokok secara tiba-tiba) dan punya tampuk tasawufnya. Saya memanggil penggayaan ini sebagai “tepuk-menampar” atau “senda gurau”. Ia tidak pernah secerdik dan seorganik ini.

Novel pertama Zaki memang menyentak perasaan. Zaki merupakan seorang adicerita, kenal dengan pemanipulasian emosi pembaca (hal ini amat penting buat novel-novel bergenre). Bayangkan kitaran 180 darjah yang berjaya Zaki lakukan terhadap kita dalam watak Musang Darat di akhir cerita, atau rahsia Pemusnah Jiwa ataupun datuk Bayu. Memang, banyak jalinan cerita dan persoalan yang masih tergantung, tetapi ini disengajakan untuk membuka perjalinan buat novel keduanya (yang sudah ada di pasaran), seperti mana proses pengeluaran tiga buku Tolkein itu. Malah, persoalan-persoalan ini amat menarik untuk dijenguk nanti. Hanya kulit edisi ini buat saya agak gagal merumuskan kehebatan latar dan jiwa sebenar novel ini (ia hanya menampilkan 3 watak penting novel ini yang disusun dengan tidak bermaya). Jika ilustrasinya menggambarkan setiap watak dalam keadaan berbaris (seperti mainan strategi komputer Koei atau filem Wali Songo atau Saur Sepuh) dilatarkan dengan banjaran dengan keris Takluk Jagat di tengah, kemungkinan ia lebih menarik, ataupun dengan mengambil satu aksi dalam novel ini, seperti kedatangan Putera Sigorong yang tiba-tiba di tengah pekan, ataupun latar barisan askar Dassyuria di sempadan Sedinggi. Ya, novel ini seepikal itu untuk digambarkan.

Ada sesuatu yang “besar” yang ingin Zaki sampaikan. Tetapi terus-terang, dalam bahagian pertama ini, ia lebih berlandaskan ketelitian dan keutuhan manusia-manusia kecilnya (yang oleh sebab ketelitian mereka memilih dan bertindak serta utuh, menyebabkan mereka manusia-manusia yang berbakat) dalam menghadapi setiap dugaan hidup yang makin memberatkan setiap langkah apabila mereka menghampiri satu tujuan. Ini tampak benar dalam watak Bayu yang bermula dengan dendam, tetapi dalam pertengahan dan pengakhiran, kita menyedari semangat romantisme dendam Bayu mula disamarkan atas ciri-ciri manusia yang lebih agung, iaitu kematangan dan kemanusiaan. Ini membuatkan manusia mencapai kemurniaan yang lebih daripada manusia biasa. Inilah sikap halus Zaki dalam menampilkan adab Melayu. Buat Zaki, adab dan pembinaan perwatakan adab dalam diri merupakan rencah peradaban tinggi yang sebenar.

Secara lintas, novel ini merupakan novel “wajib baca” buat pembaca novel fantasi oleh sebab Zaki merupakan putera humor dan mistik Melayu terbaru yang amat ditunggu-tunggu oleh pembaca fantasi Malaysia.

Artikel asal oleh: Fadli al-Akiti

Beli: DI SINI

Sedang Membaca: Revolusi Nanik
Kulit oleh Azalan Hussain

Editor Cerekawala sedang membaca Revolusi Nanik, Pemenang dalam Sayembara Novel 2007 Dewan Bahasa dan Pustaka. Setakat ini, OK, menjumpai sesuatu yang menarik berkenaan novum “anak asing” dalam rahim, analogi terhadap fenomena pembuangan bayi dan seks luar nikah yang berleluasa sekarang (rujuk perhubungan dua etnik berlainan dalam novel ini). Buku ini akan diresensi tidak lama lagi, dimasukkan dalam entri halaman ini, serta dalam Cerekawala yang terbaharu.

Penulis novel ini juga merupakan Pemenang Kedua Sayembara Fiksyen Sains Utusan yang diumumkan baru-baru ini.

Dalam DAFTAR NOVEL SAI-FAI:

Revolusi Nanik. Oleh Nurul Izwazi Mohd Nor. Tahun 2009. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Genre: Fiksyen Sains.

Tema: Makhluk Asing, Robot, Teknologi dan Pascaapokalips.

Anugerah/Nominasi: Pemenang Tempat Ketiga Sayembara Menulis Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP 2007 (Kategori Remaja-Melayu).

Boleh dibeli di sini.

NOVEL/CERPEN SAI-FAI APA YANG TERBAIK SEKITAR 2010?
Ya, kami ingin mengambil pendapat saudara dan saudari, novel dan cerpen sai-fai apa yang terbaik sekitar 2010? Tetapi novel/cerpen (setahu kami, hanya Dewan Kosmik yang siarkan cerpen sai-fai) tu mestilah terbitan pada 2010, bahasa kebangsaan (woppss, takkanlah Mandarin/Tamil kot?) dan mesti “sai-fai”lah!

Maklumkan di sini (KOMEN DI BAWAH), dan jom kita tengok, siapa paling popular, siapa paling layak …

Resensi Novel- Pulau Berukera
Judul: Pulau Berukera

Oleh: Mohd Ismail Sarbini

Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun: 1980

Sinopsis:

Budin, seorang budak yang tempang serta buruk mukanya, dicolek oleh sekumpulan berukera yang boleh bercakap ke sebuah tempat yang ajaib dan futuristik, Pulau Berukera, tempat idaman yang Budin ingin tinggal selama-lamanya. Sehinggakan, wajah Budin yang buruk dan kaki Budin yang tempang dapat dipulih oleh pakar di pulau itu. Tetapi, setiap keindahan memerlukan bayaran, dan Budin masih tidak tahu, apakah bayaran yang perlu dibayarnya kepada penduduk pulau itu.

Rasa:

Saya ingat lagi, sewaktu saya membaca novel ini, umur saya baru 8 1/2 tahun. Saya sudah terikat dengan novel kanak-kanak yang menarik ini. Unsur keajaiban (fantastisme) dan seramnya masih boleh memberi saya satu keinginan untuk membaca lagi hasil karya Allahyarham Ismail.

Apabila saya 10, saya menonton Planet of the Apes (1968), sebuah filem yang saya tahu, Ismail telah ambil dan membikinnya sebagai novelnya. Saya menjadi benci pada novel ini kerana ‘peniruan’ yang dilakukan oleh Ismail.

Tetapi, kali ini, apabila saya membacanya kembali, saya sedar betapa klasiknya novel ini, melebihi novel yang lebih popular, Terjebak di Terowong Katak hasil Othman Puteh.

Pulau Berukera adalah setengah fantasi dan setengah fiksyen sains, ia boleh dipanggil sebuah novel sci-fi kanak-kanak yang awal (pada zaman itu, kebanyakan novel fiksyen sains adalah untuk kanak-kanak, dan kebanyakannya mempunyai unsur sci-fi). Ia mempunyai unsur “tenggelam ke dalam lubang arnab” yang kita lihat dalam novel-novel fantasi kanak-kanak seperti Alice in Wonderland, Wizard of Oz, The Witch, Lion and the Wardrobe dan banyak lagi. Ia juga mempunyai penggarapan “pengalaman dalam dunia serba pelik dan baru” terhadap satu individu manusia dan bagaimana individu itu (di sini, Budin) berinteraksi dengan dunia serba baru ini, seperti novel A Brave New World, Planet of the Apes, 2001: A Space Oddysey dan The Time Machine.

Sebenarnya, Allahyarham Ismail telah mengambil sekelumit idea Pierre Boulle dan mencipta dunia fantasi futuristiknya yang tersendiri, di mana beruk seakan manusia setinggi kanak-kanak sepuluh tahun ini (sekurang-kurangnya mengikut purata ketinggian kanak-kanak Melayu) boleh bercakap, mempunyai peradaban dan kepintaran yang sebaik dan lebih baik daripada manusia.

Di situ sahaja persamaan Pulau Berukera dengan La planète des singes Boulle.

Kerana apa yang dibawa oleh Ismail adalah lebih tempatan, dunia yang turut menakutkan dan mempunyai komentari sosialnya yang tersendiri.

Walaupun dalam beberapa tempat, novel ini seakan terlalu laju dan “childish” (berhubung dengan aprisiasinya), ia mempunyai roh yang agak memeranjatkan jika peneliti membawanya ke hadapan.

Ismail mungkin tidak sedar, bahawa beliau telah, dengan sendirinya mencipta satu satira besar tentang pergolakan peperangan dingin pada era 80-an, waktu novel ini tercipta di mana Malaysia terletak di tengah-tengah dua negara besar yang angkuh.

Budin, di dalam novel ini adalah simbolisme Melayu-Malaysia yang mundur, pesimistik terhadap masa hadapannya dan tiada hala tuju pada zaman itu. Apabila dia terjumpa Pulau Berukera ini, kita sedar, ia mungkin keinginan Ismail untuk memaparkan bagaimana satu-satu manusia itu yang diistilahkan sebagai Budin dapat diubah fizikalnya dan persoalan baru mendatang, bolehkah kita ubah identitinya?

Persoalan identiti di sini amat mencabar. Budin dalam novel ini, diubah menjadi anak yang fizikalnya sempurna sebagai manusia. Dia kemudiannya diubah lagi menjadi ‘berukera’, mempunyai bulu di seluruh badannya, tanpa kemahuannya. Dia dipengsankan lalu di”basuh minda” (brainwash) supaya menerima dirinya sebagai ‘berukera’ yang punya kesempurnaan yang lebih tinggi dari segi tamadun, ilmu dan adab.

Ismail sebenarnya sangat provokatif apabila membawa persoalan identiti ini kepada umum. Bolehkah seseorang manusia itu, diubah identitinya, baik dirinya, agamanya atau bangsanya semata-mata untuk membikinnya “bertamadun”? Persoalan “perbezaan kaum” dan “Asimilasi kaum” berlaku di sini, di mana Budin DIPAKSA untuk mengubah “bangsa”nya sebagai satu hibrid baru ‘berukera’. “Kamu unik”, kata seekor berukera kepadanya apabila dia mempersoalkan kelainannya daripada berukera-berukera yang lain.

Proses pembauran bangsa ini menarik, bukan sahaja menyentuh hala tuju Malaysia waktu itu dalam gegaran tarikan pengaruh komunisme dan pro-demokrasi, tetapi hala tuju Malaysia selepas 13 Mei dan persoalan keterbalikan asimilasi “Dasar Kebangsaan”. Bolehkah Dasar Kebangsaan yang bercirikan “Melayu Islam” “disuap” ke dalam kaum-kaum bukan Melayu di Malaysia supaya perpaduan dapat dicipta dan kesatuan dapat dirasa?

Dunia sosial Pulau Berukera sangat menakutkan sebenarnya, kerana, dengan lebih mendalam, kita dapat tahu bahawa berukera-berukera ini adalah masyarakat yang ‘berkomuniti’ di bawah daulat maharajanya, dan realiti kekeluargaan (secara biologikal, melahirkan anak) tidak ada dalam dunia mereka. Mereka tinggal keseorangan, maka tidak hairanlah berukera seperti Titi dan Pak Yoyo mahu membunuh diri (dan ini ada dalam novel kanka-kanak!) kerana hidup keseorangan. Idea ini sangat dekat dengan kritikan kepada sosialisme tetapi sebenarnya juga tidak (kerana Pulau Berukera mempunyai seekor maharaja yang mutlak pemerintahannya). Malah, dengan lebih menakutkan apabila kita meneruskan pembacaan, Budin atau Budino setelah dia menjadi ‘berukera hibrid baru’ adalah ‘kaum terbaharu’ yang mahu diasimilasikan ke dalam dunia utopia Pulau Berukera ini, yang secara senyapnya sedang ke arah rapuh dan pecah kerana keterasingan yang dicipta oleh sistem pentadbirannya.

Pengasimilasian kaum atau identiti ini sangat efektif, sehingga Ismail memberi mesej bahawa, berukera-berukera ini berasa, mereka perlu membawa kesempurnaan tamadun dan peradaban ini kepada manusia yang lainnya. Idea yang sama yang diperlakukan oleh Amerika Syarikat serta USSR sewaktu pengaruh dua blok ini mencari pengaruh di dunia luar mereka.

Ismail bukan sahaja memberi persoalan itu untuk kita fikirkan, tetapi beliau memberi kita satu ‘twist’ apabila beliau membuka suatu rahsia: kehebatan saintifik ini telah dipelopori oleh seorang saintis manusia yang telah dicolek oleh berukera-berukera itu! Ini membikin novel ini menjadi sebuah novel paranoia yang pertama yang sehebat walaupun peringkatnya rendah, dalam mana-mana novel pasca perang dingin yang kita lihat berselerak di dunia barat.

AKhirnya, Ismail memberi beberapa “prophecy” yang tidak mungkin orang tidak terfikirkan waktu itu- pembedahan plastik. Budin yang cacat dan tempang diberi ‘peluang kedua’ oleh saintis berukera untuk menjadi ’sempurna’. Maka persoalan pembedahan plastik dan etikanya (walaupun, kalau kita lihat secara keMelayuan, kita sedar, idea ini diambil daripada idea manusia cacat seperti si Bongkok dalam Sumpah Orang Minyak diberi peluang oleh orang bunian menjadi sempurna, satu psyche yang hanya orang Melayu boleh memahaminya dan merasa, tidak salah jika diubah dalam bentuk saintifik dalam novel ini) dibawa ke hadapan, malah memberi satu persoalan besar: kalau kita menukar fizikal kita, adakah itu bermakna kita juga mengubah identiti kita?

Persoalan besar ini masih didebatkan pada zaman moden ini. Dan Ismail hanya membawa satu sisi di mana manusia, hanya mahu mengubah apa yang dia tidak mahu dan suka (Budin membenci dirinya yang tempang dan hodoh) secara fizikal, mereka tidak sanggup mengubah identiti mereka dan apa lagi roh dan fikiran mereka. Soalan ini sebenarnya menjawab persoalan ketamakan manusia secara individu, dan secara besarnya, manusia juga sentiasa tamak (walaupun di sini, komuniti besar yang mengasimilasi ialah berukera) untuk mengubah identiti sekumpulan minoriti atau negara yang lemah. Inilah kehebatan Pulau Berukera, sebuah novel sci-fi yang tampak kebudak-budakan, tetapi mempunyai dasar persoalan sosial dan pemikiran yang mengujakan.

Artikel asal oleh: Fadli al-Akiti

Beli: DI SINI

Fiksyen Sains Relevan, Pembacanya?
Kononnya, genre fiksyen sains dan fantasi sedang bergerak dalam era kemurungan. Tetapi kajian dan buku, khususnya terbitan PTS asyik memenuhi rak di kedai-kedai buku.

Julai ini, Dewan Sastera, majalah elitis para sasterawan dan peminat susastera membuka peluang pembaca mengenali dunia fiksyen sains (walaupun secara pengenalan). Amir Husaini, penulis fiksyen sains yang menghasilkan novel Transgenesis: Bisikan Rimba yang berjaya itu terpilih sebagai Karyawan Bulan Ini. Bacalah pengalaman Amir Husaini “menulis” cereka berbentuk saintifik (baik fiksyen atau ilmiah), serta falsafah yang beliau pegang dalam merangka novum fiksyen sains tempatan. Novel itu juga diulas oleh Muhamad Ikhram Fadhly Hussin, pegawai sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam majalah ini. Sohaimi Abdul Aziz cuba memperkenalkan “kerelevan” sains dalam kesusasteraan, serta menyentuh sedikit sebanyak tentang penulis serta penulisan fiksyen sains. Mohd Yusof Haji Othman pula menulis sebuah makalah intelektual, melihat keselarian dan pertembungan sains dan sastera.

Majalah ini boleh dijumpai di Kedai Buku Kinokuniya, KLCC, 7-Eleven (mohon daripada kaunter) atau hubungi 03-2148 5869/2143 3505 untuk pesanan, atau layari http://www.koopdbp.com.my/.

Beberapa Halaman Baharu
Salam Sai-fai.

Kami sudah memasukkan beberapa halaman baharu.  Beberapa pembaharuan turut dirancang dan akan muncul.

Perihal Sai-Fai.com

Info berkenaan laman ini serta pengisiannya.

Daftar Novel Sai-fai

Senarai judul novel sains dan fantasi Malaysia.  Akan diperkemaskini dari semasa ke semasa.

Zine

Sai-Fai.com mempersembahkan CEREKAWALA, satu-satunya zine fiksyen sains dan fantasi Malaysia.

Kami juga akan mula menyelidik dan menilai, 10-30 novel fiksyen sains, fantasi, serta sai-fai terbaik Malaysia, mengikut pendirian dan pemahaman kami, itupun, jika senarai melebihi bilangan yang terpilih.

Ingin Jadi Jedi?
Adakah anda menyapu rumah sendirian dengan mulut anda membuat sound effect seolah-olah penyapu rongak anda itu sebilah light saber? Anda selalu terbayangkan Princess Leia apabila melihat cinnamon rolls di kedai Bread Story? (Tak dapat tangkap? Cuba anda beli dua cinnamon rolls dan letakkan di kedua-dua sisi kepala awek anda.)

Sekiranya itu terjadi kepada anda, jangan risau. Anda boleh jadi lebih teruk lagi! Dan kali ini, ke‘teruk’kan anda lebih berprestij dan diiktiraf kerana anda boleh menjadi seorang Jedi di universiti!

November ini, Queen University di Belfast akan membuka kursus baru, Feel the Force: How to Train in the Jedi Way. Kursus ini dikatakan akan mengajar “teknik psikologi sebenar di sebalik Jedi mind tricks”. Ia juga akan mengkaji isu yang lebih besar berkenaan semesta Star Wars seperti keseimbangan, destini, dualisme, fascisme dan kebapaan. Untuk membaca lebih lanjut, sila klik di sini.

Oh, ya! Sekiranya anda berminat untuk mendaftar, bawa light saber anda sendiri (penyapu rongak anda kemungkinan tidak akan dilayan).

Resensi Novel- Takluk Jagat Bahagian 1: Bisikan Ariasa
Judul: Takluk Jagat Bahagian 1: Bisikan Ariasa

Penulis: Zaki Zainol

Genre: Fantasi

Tangkas, kemas, jantan, ampuh dan penuh debar. Itu adalah keseluruhan kandungan fiksyen sains dan fantasi Takluk Jagat: Bisikan Ariasha oleh Zaki Zainol.

Bahagian pertama Takluk Jagat ini dipenuhi dengan plot dan sub-plot yang bertali arus, mengalir laju menakluk jiwa saya. Walaupun ‘dendam’ memenuhi aliran cerita, banyak pengajaran yang boleh dijalin. Antaranya:

“Namun, melihat apa yang berlaku membuatkannya berfikir. Betapa perasaan benci dan amarah umpama sebilah pedang bermata dua. Perasaan itu boleh merosakkan seorang manusia dan juga memberikannya semangat untuk terus hidup. Perasaan Zilastra tersentuh. Biarpun si Musang cuma penyamun, tetapi dia begitu setia kepada sahabat-sahabatnya. Manusia yang kononnya tulus dan mulia belum tentu dapat memberi keteguhan setiakawan seperti itu. Penyamun yang menitiskan air mata demi sahabatnya bukanlah seorang yang mati hatinya. Mungkin….cuma seorang manusia yang tersilap memilih arah hidup ataupun mungkin desakan hidup yang menolaknya ke pinggir jalan yang gelap dan berduri…”

Novel ini merupakan kisah kembara hero utama, Bayu Adi Jata, menjejak keris keramat Takluk Jagat. Bersama ‘kembar’ Takluk Jagat, Indera Bumi, dan ditemani oleh puteri bunian Ariasha Cinta Castra dan Zilastra, Bayu Adi Jata menjelajah Tanah Ini. Di setiap hentian, ada sahaja halangan. Dalam waktu yang sama, Bayu banyak belajar dari kembara tersebut. Keupayaan ilmu persilatan Bayu juga semakin meningkat di sepanjang kembara yang memakan masa dan tenaga.

Takluk Jagat: Bisikan Ariasha menampilkan jurus-jurus jagat persilatan di Tanah Ini; Gegaran Bumi Merekah, Helang Menjunam Dari Awan, Melayah Sang Garuda, Gelora Menghempas, Julangan Panglima, Langkah Lipat Bumi, Bayu Berolak, dan pelbagai lagi nama pelik tetapi menarik.

Setiap jurus persilatan tersebut mempunyai bacaan mentera berbentuk pantun atau puisi yang cukup indah. Digarap semolek mungkin oleh Zaki Zainol. Saya terpegun dan berulang-ulang membaca setiap pantun tersebut. Bukan setakat untuk memahami apa yang dijalin oleh penulis, malah saya cuba mengecapi keindahan bahasa dan lengoknya.

Watak-watak kasar, jahat dan penuh dendam diselang-selikan dengan watak baik, bepekerti, lemah lembut, berhemah dan tunduk kepada Tuhan. Saya sering katakan kepada sahabat-sahabat, kita boleh berdakwah dan berjihad dalam berbagai bentuk. Penulisan adalah salah satu darinya. Saudara Zaki Zainol berjaya dari sudut ini.

Ketika membaca novel ini, saya tenggelam bersama watak, plot dan persekitaran. Begitu asyik dan mendebarkan.

Saya berharap bahagian kedua akan lebih tangkas, kemas, jantan, ampuh dan penuh debar. Paling kurangpun, setara dengan bahagian pertama ini.

Artikel asal oleh: Pasalbuku

Beli: DI SINI