SAI-FAI.com
msgbartop
Sains dan Fantasi Malaysia
msgbarbottom

16 Sep 08 Ingin Jadi Jedi?

Adakah anda menyapu rumah sendirian dengan mulut anda membuat sound effect seolah-olah penyapu rongak anda itu sebilah light saber? Anda selalu terbayangkan Princess Leia apabila melihat cinnamon rolls di kedai Bread Story? (Tak dapat tangkap? Cuba anda beli dua cinnamon rolls dan letakkan di kedua-dua sisi kepala awek anda.)

Sekiranya itu terjadi kepada anda, jangan risau. Anda boleh jadi lebih teruk lagi! Dan kali ini, ke‘teruk’kan anda lebih berprestij dan diiktiraf kerana anda boleh menjadi seorang Jedi di universiti!

November ini, Queen University di Belfast akan membuka kursus baru, Feel the Force: How to Train in the Jedi Way. Kursus ini dikatakan akan mengajar “teknik psikologi sebenar di sebalik Jedi mind tricks”. Ia juga akan mengkaji isu yang lebih besar berkenaan semesta Star Wars seperti keseimbangan, destini, dualisme, fascisme dan kebapaan. Untuk membaca lebih lanjut, sila klik di sini.

Oh, ya! Sekiranya anda berminat untuk mendaftar, bawa light saber anda sendiri (penyapu rongak anda kemungkinan tidak akan dilayan).

Tags: ,